MrJazsohanisharma

Resepi Daging Masak Black Pepper Noxxa Yang Mudah & Sedap

Resepi Daging Masak Black Pepper Noxxa
Resepi Daging Masak Black Pepper Noxxa

Semalam KN masak siakap 3 rasa dengan periuk Noxxa, akak datang kerumah buat lawatan, hehe. Bila ada tetamu ni semangat memasak memuncak lain macam.. tak tau la kenapa.. sis pun sama ke? Ke KN sorang je yang perasan.. haha.

Resepi daging masak black pepper memang dah biasa KN masak. Cuma sebelum ni guna dapur gas biasa. Tak perasan pula berapa lama masa memasak untuk resepi ni dengan dapur gas, bagi KN perbezaan ketara yang paling KN perasan bila memasak dengan periuk tekanan, daging lembut lebih rata sekata dan manis daging lebih terasa berbanding guna dapur gas.





Tak kesah la sis ada periuk Noxxa atau guna dapur gas biasa, cuba je masak resepi ni OK. Sama sama kita nikmati anugerah yang Tuhan bagi kepada kita. Guna je apa yang ada :)


Bahan Bahan
bahan bahan Resepi Daging Masak Black Pepper

Daging lembu 1/2kg
Bawang putih 2 ulas
Bawang besar 1 biji
Daun bawang
Serbuk black pepper / lada hitam
Sos tiram + Kicap lemak manis (nisbah 1:1)
Air 1/2 cawan





Cara Penyediaan
cara masak Resepi Daging Masak Black Pepper
  1. Gunakan fungsi STIR FRY pada periuk Noxxa dan panaskan sedikit minyak didalam inner pot.
  2. Masukan bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris halus, tumis sehingga naik bau dan keperangan.
  3. Kemudian masukan sedikit sos tiram, kicap lemak manis dan serbuk black pepper (serbuk lada hitam). Kacau rata, kemudian masukan 1/2 cawan air.
  4. Masukan 1/2kg daging lembu yang sudah dipotong kecil kedalam campuran kuah black pepper tadi. Gaul supaya semua daging berada dalam kuah.
  5. Tutup periuk Noxxa dengan penutup tekanan, tukar kepada fungsi HIGH PRESSURE dan set kepada 10 minit. (KN lagi suka daging yang lembut dan juicy sebab tu set kepada 10 minit, dengan periuk Noxxa daging boleh lembut dalam masa 6-7 minit sahaja, ikut citarasa masing masimg)
  6. Apabila siap, hidangan sedia dimakan. Emm.. memang marvelous! Daging masak lada hitam yang empuk, rasa back pepper meresap jauh kedalam daging. 
Mudahnya lah memasak dengan Noxxa sis... Syukur sangat dapat 1 set periuk Noxxa dirumah. Seriously memang praktikal dan satu investment yang bijak untuk penjimatan kos tenaga & masa di dapur.

Cuba resepi ini ye, nantikan resepi chicken chop grill dengan periuk Noxxa, Insha Allah pada masa akan datang!



*

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama