Biasanya kita akan keliru bila nak setting masa high pressure atau low pressure periuk noxxa. Jangan risau, ini ada rumus mudah. S...
Biasanya kita akan keliru bila nak setting masa high pressure atau low pressure periuk noxxa. Jangan risau, ini ada rumus mudah. Siapa yg biasa kira harga diskaun masa sale pasti tiada masalah nak kira.
Secara teori bila masak dalam tekanan tinggi, masa memasak jadi lebih cepat. Nak tahu kenapa? Ini masuk bab fizik, semakin tinggi tekanan semakin tinggi takat didih air.
Kalau biasanya kita rebus air dalam keadaan biasa, 100 darjah celcius air dah boleh didih. Tapi bila air dalam satu bekas yg kedap dan ada tekanan, air akan mendidih pada suhu lebih tinggi.
Untuk mudah nak faham, kalau biasa kita rebus daging dalam periuk atas tungku api kita rebus pada suhu 100 d celcius, dengan periuk tekanan kita masak pada suhu lebih drpd 100, mungkin 120 atau 140 bergantung kepada tahap tekanan.
Sebab tu masak degan periuk tekanan lebih cepat. Jadi bila lagi panas lagi cepat masak. Jadi setakat ini mungkin persoalan anda kenapa masak dengan periuk noxxa jadi lebih cepat sudah terjawab.
Daripada pembacaan , memasak dgn periuk tekanan boleh jimatkan masa memasak sehingga 60-70% daripada biasa. Secara teori kita dah boleh kira sebenarnya berapa setting masa untuk sebarang masakan.
Contohnya, sup tulang biasa kita rebus hampir 2 jam atau 120 minit. Kalau guna periuk noxxa, sepatutnya kita jimat 60% daripada 120 minit, so kita cuma guna 40% daripada masa biasa.
Jom kira, 120 x 40% = 48 minit sahaja. So tekan button HP 48 minit :)
Mudah kan? Lepas ni, apa2 nak masak kira guna rumus ni dulu. Ini secara teori je, banyak faktor yang akan beri hasil berlainan.
Apa2 pun pengalaman cuba membuat kalimpertama tu adalah guru sebenar. biasanya kalau kita pernsh buat 1 kali, kali ke 2 dan seterusnya pasti akan mudah.
Jadi gunakanlah rumus masa ni ye. 40% x tempoh masa biasa memasak (minit)
# mohon kalau ada cikgu fizik betulkan klu silap ye
# setting ni HANYA untuk High Pressure & Low Pressure sahaja taw. Setting yg lain tu x bole lari daripada law of physics.
Selamat mencuba. Mohon panjangkan kepada kawan lain jika ada yang bertanya, moga ramai yang boleh tahu dan belajar dgn mudah .