Soalan: "Ketika memasak menggunakan periuk noxxa, pressure release valve akan mengeluarkan tekanan (steam) dan masa memasak tidak...
Soalan:
"Ketika memasak menggunakan periuk noxxa, pressure release valve akan mengeluarkan tekanan (steam) dan masa memasak tidak bergerak. Kalau dibiarkan, masakan akan hanggus. Apa masalahnya tu... adakah presure valve telah rosak? Tq" - Nilawati, Sabah
Jawapan:
Situasi yang Cik Nilawati nyatakan tadi adalah berkait rapat dengan keadaan knob tekanan pada atas penutup periuk noxxa.
Apabila wap sentiasa keluar dari knob tekanan ia menunjukan 2 kemungkinan:
1. Valve tidak berfungsi dengan baik
2. Knob tidak diletak pada kedudukan 'pressure'
Apabila menggunakan fungsi yang memerlukan tekanan (high pressure, low pressure, slow cook), timer memasak hanya akan bergerak ke arah angka 0 apabila suhu dan tekanan optimum dicapai.
Dalam kes ini, apabila wap sentiasa keluar maka kondisi optimum ni tak dapat diwujudkan, periuk akan sentiasa memanas berterusan.
Akibatnya masa tak akan bergerak, tetap pada setup masa yg asal, kemudian makanan hangit apabila semua air habis menjadi wap dan keluar seperti wap kereta api.
Kalau masalah ni berpunya daripada kecuaian nombor 2, senang je nak betulkan. pastikan knob pada titik pressure apabila gunakan pada lain kali.
Tapi kalau terjadi akibat masalah knob dan valve dibawahnya, kemungkinan utama adalah gelang getah dibawah valve tertanggal ataupun hilang.
Bawa je penutup periuk dan body ke kedai Amway yang berhampiran untuk buat semakan lanjut. Perlu lebih berhati2 semasa membersihkan penutup noxxa sebab terdapat komponen kecil yang boleh tertanggal dan hilang.
Semak senarai kedai Amway yang berhampiran anda disini : https://www.amway.my/en/shopfinder