
Bagi penggemar ketam, ini berita baik untuk anda. Buat pertama kalinya kami kongsikan resepi ketam masak cili dengan periuk noxxa. Omputeh panggil Chili Crab Recipe.
Resepi ni diadaptasi daripada resepi di Google. Cuma cara memasak kami sesuaikan dengan periuk noxxa. Memang mudah bila ada periuk ajaib noxxa. Jadi semangat nak memasak, masak pun cepat!
Terima kasih kepada tuan empunya resepi! Moga sihat, kaya, gembira dan dipanjangkan usia, Amin. Oklah, jom kita pelajari cara masak ketam cili ni.
Bahan Bahan
2 biji bawang merah
1 inci halia
2 ulas bawang putih
4 batang cili merah
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
Garam
Ketam di bersih dan dipotong
Cara Penyediaan
- Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia, cili merah.
- Dengan fungsi Stir Fry, panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar tadi sehingga naik minyak
- Kemudian masukan sos tiram, sos cili, garam secukup rasa dan ketam. Tambahkan sedikit air. Gaul rata.
- Seterusnya tutup periuk noxa. Tukar kepada fungsi High Pressure set selama 6 minit.
- Selepas 6 minit, buka penutup, sambung dengan fungsi Stir Fry untuk pekatkan kuah.
- Selesai dan hidangan ketam masak cili sedia di hidang.
Selamat mencuba resepi ketam masak cili noxxa. Jumpa lagi!