
Pengukus Makanan Noxxa adalah penting untuk gaya hidup yang lebih sihat kerana nutrien dan rasanya dikekalkan semasa proses memasak secara kukus/stim.
Pengukus Makanan Noxxa / Noxxa Food Steamer
Kukus/stim makanan anda dengan Pengukus Makanan Noxxa! Memasak secara kukus mengekalkan nutrien dan rasa manakala ruang pengukus XL 3 tingkat membolehkan anda mengukus pelbagai bahan pada satu-satu masa dalam ruang yang berbeza. Saluran tiub kukus Individu mengurangkan pemindahan bau makanan dari satu ruang ke ruang yang lain.
Jika anda menjalani gaya hidup yang mementingkan kesihatan, gemarkan menyediakan makanan yang dimasak di rumah yang berkhasiat lagi sihat untuk keluarga anda, Pengukus Makanan Noxxa adalah penyelesaian yang sempurna!
Ciri-ciri
- Teknologi mengukus makanan yang unik.
- Pengukusan secara bertingkat 3 tingkat, mampu mengukus sehingga 2kg ayam.
- Membantu anda menyediakan makanan yang sihat.
- Mudah digunakan dan menyelenggarakannya.
- PERCUMA DVD produk dan buku resipi.
Manfaat
- Kapasiti mengukus yang besar.
- Meminimumkan pemindahan bau makanan dari satu ruang ke ruang yang lain semasa proses mengukus.
- Secara automatik mengekalkan kehangatan makanan anda selama satu jam selepas mengukus.
- Bahagian-bahagiannya yang disusun bertingkat, untuk menjimatkan ruang menyimpan.
- Panel kawalan yang mudah digunakan, untuk kemudahan dan keselamatan yang lebih baik.
Cara Mengguna
- Baca arahan dengan teliti.
- Semua bahagian perlu dibasuh dengan air suam sebelum penggunaan pertama.
- Isikan takungan air dengan air; tidak melebihi garis air maksimum.
- Letakkan dulang titis penyalir pada dasarnya, dengan teguh.
- Letakkan dulang stim di rak pada dulang titis penyalir.
- Letakkan makanan di atas dulang stim.
- Letakkan penutup.
- Plagkan kord.
- Tetapkan pemasa.
Nasihat/Langkah Berjaga-jaga
- Hanya untuk kegunaan di rumah sahaja.
- Plagkan terus ke sumber kuasa. Jangan gunakan kabel sambungan.
- Jangan menenggelamkan takungan air ke dalam air, atau apa-apa cecair.
- Cara terbaik untuk mengukus makanan adalah dengan meletakkan pengukus makanan di atas permukaan yang rata, ke dinding.
- Tidak boleh digunakan oleh kanak-kanak tanpa pengawasan.
Penyimpanan
Simpan di tempat yang kering.
Saiz/Dimensi
* Saiz dulang stim: 38.3 (P) 23.4 (L) 2.3 (T) cm
* Saiz rak stim: 34.5 (P) 21.7 (L) 7.5 (T) cm
Berat
Berat bersih 7.2kg
Kapasiti
Takungan air 1.7l
Penggunaan Elektrik
1200W
Kandungan
- Penutup
- Rak stim 3 unit
- Dulang stim 3 unit
- Tiub akses stim 4 unit
- Dulang titis penyalir
- Takungan air
- Muncung air
- Panel kawalan
- Bekas Makanan
Maklumat Waranti
Waranti 1 tahun terhadap kerosakan pengilangan.
Pensijilan
Suruhanjaya Tenaga dan SIRIM