Resepi nasi dagang ini dibawakan khas untuk anda oleh Kak Mah orang asal Terengganu yang sememangnya pakar dalam masakan panta...
Resepi nasi dagang ini dibawakan khas untuk anda oleh Kak Mah orang asal Terengganu yang sememangnya pakar dalam masakan pantai timur dan dulu Kak Mah pernah berniaga di sekitar Kuala Lumpur. Memang dahsyat sedapnya!
Kak Mah perkenalkan kepada kami rempah nasi dagang jenama Ameer. Ini adalah ramuan resepi rahsia keluarga beliau. Rempah nasi dagang ni datang dengan beras basmathi, halba dan rempah ikan tongkol. 1 pek ini sesuai untuk 5 orang makan sebenarnya. (makan tak bertambah la ye, kalau makan bertambah 2-3 orang boleh la dapat)
Kami warning awal2 ye, nasi dagang resepi keluarga ni memang sedap, kami sendiri dah cuba! Kalau nak beli dipasaran jangan beli 1, beli 3 baru puas makan. Kelebihan lain pek rempah nasi dagang Ameer ia datang dengan panduan memasak bersama sukatan. Ikut je arahan, mesti jadi.
Resepi nasi dagang ni kami gunakan periuk noxxa la sebabnya masak dengan periuk noxxa memang lagi cepat. Kalau ikut panduan kena kukus dan rendam beras, kalau guna noxxa tak payah semua tu, high pressure je. 7 minit nasi siap.
Nak masak nasi dagang ni nampak mcm renyah ( banyak kerja nak kena buat), tapi hasilnya memang sedap, berbaloi dengan usaha yang kita gunakan. Jom kita kita lihat apa bahan bahan yang diperlukan.
# Bahan Bahan Gulai Ikan Tongkol
3-4 potong ikan tongkol
2 asam keping
1 inci lengkuas
250ml air & 650ml air
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia, lengkuas, kunyit hidup
1 pek rempah ikan tongkol Ameer
1 batang serai dititik
Gula & garam
1 inci belacan
3 sudu besar cili boh
250ml santan pekat
2 sudu besar minyak masak
# Cara Penyediaan Gulai Ikan Tongkol
- Masukan ikan tongkol bersama 1 keping asam dan 1 inci lengkuas, tambah 250ml air
- High Pressure selama 1 minit
- Asingkan ikan dari air rebusan. Air rebusan jangan dibuang, biarkan seketika
- Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan kunyit hidup
- Tuang semua bahan kisar tadi ke dalam bekas, campurkan 1 pek rempah ikan tongkol Ameer, cili boh dan belacan. Gaul rata dan sebati. (P/S: kalau nak blend semua sekali pun boleh, kami tak terfikir nak buat macam tu masa rakaman :( )
- Kemudian masukan 2 sudu minyak masak ke dalam innerpot, masukan santan dan 650ml air, didihkan dengan fungsi Stir Fry sehingga pecah minyak
- Masukan bahan campuran rempah tadi, halia, asam keping dan air rebusan ikan tongkol awal tadi.
- Tutup periuk dan High Pressure selama 3 minit untuk cepatkan proses memasak rempah
- Selepas HP, masukan ikan tongkol, gula dan garam.
- Didihkan seketika dengan fungsi Stir Fry sehingga kuah sedikit pekat
- Siap! Kuah gulai ikan tongkol sedia dihidang
# Bahan Bahan Nasi Dagang
1 pek beras basmathi (dibasuh dan ditos)
250 ml air
200 ml santan
1 inci halia (dihiris memanjang)
3 ulas bawang merah (dihiris)
1 pek halba
Garam & gula
Daun pisang (optional)
# Cara Penyediaan Nasi Dagang
- Masukan beras dan 250 ml air ke dalam inner pot, kemudian ratakan. (1 bahangian air = 1 bahagian beras)
- High Pressure selama 3 minit, kemudian sambung dengan fungi steam selaama 2 minit (tips nasi tak berkerak )
- Campurkan gula dan garam secukup rasa ke dalam santan, gaul sebati.
- Tuangkan santan tadi keatas nasi, campurkan juga hirisan bawang, halia dan 1 pek halba. Gaul dan ratakan nasi.
- Lapik permukaan atas nasi dengan sehelai daun pisang untuk mendapatkan aromanya.
- Sambung masakan dengan fungsi steam selama 2 minit lagi.
- Siap! Nasi dagang sedia untuk dihidang.
# Bahan Bahan Acar
2 ulas bawang merah
2 biji cili merah
1 batang timun
Sedikit cuka
Gula & garam
# Cara Penyediaan Acar
- Hiris semua bahan memanjang
- Masukan dalam satu bekas, campurkan 1 sudu cuka, gula dan garam secukup rasa
- Gaul rata dan sedia untuk dihidang
Selamat mencuba!