MrJazsohanisharma

Resepi Spaghetti Blackpepper Noxxa, Lazat Tak Terhingga

resepi spaghetti blackpepper noxxa

Yeay.. lagi resepi baru untuk dicuba! Biasa kalau makan spaghetti mesti masak spaghetti carbonara ataupun spaghetti bolognaise, hari ni kita cuba pula blackpepper ye.

Sebelum tu nak ucapkan terima kasih kepada sis ZairulAkmal Ima Abd Rahman kerana post di wall facebook kami. Resepi ni sis ZairulAkmal yang kongsi dengan KN. Bila baca memang simple caranya, tengok gambar pun dah buat rasa perut berkeroncong. 

Oklah, KN tak nak bazirkan data kredit anda, moh layan resepi spaghetti blackpepper noxxa versi sis ZairulAkmal. Selamat mencuba ye.

Bahan bahan


1 paket spagetti
1 ulas bwg besar (potong dadu)
3 ulas bwg putih(dicincang)
500 gram daging cincang
Bebola daging
3 sudu besar lada hitam(dikisar atau tumbuk)
Sos lada hitam
Lada benggala dan cili merah
Dan sebiji buah tomato ( potong dadu)
2 sudu minyak zaitun
8 cawan air (guna penyukat noxxa)


Cara Penyediaan

  1. Gunakan mode STIR FRY, panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau
  2. Masukkan daging cincang dan bebola daging dan lada hitam (blackpepper), tumis sehingga daging masak
  3. Masukkan 8 cawan air guna sukatan noxxa
  4. Masukkan spagetti, tutup periuk
  5. Gunakan fungsi HIGH PRESSURE set selama 3 minit
  6. Selepas 3 minit, keluarkan wap dan buka penutup
  7. Ubah kepada fungsi STIR FRY, sambung masakan
  8. Masukkan tomato, lada benggala hijau dan cili merah dan sos lada hitam dan garam secukup rasa
  9. Masak sehingga bahan sebati
  10. Sedia untuk dihidang

Like & share resepi ni dengan rakan ye. Terima kasih :)

*

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama