. Resepi Popcorn Ayam Bersalut Telur Masin Noxxa Nama resepi ni memang agak pelik. Biasanya kalau dalam bahasa Inggeris di...
.
Resepi Popcorn Ayam Bersalut Telur Masin Noxxa
Nama resepi ni memang agak pelik. Biasanya kalau dalam bahasa Inggeris dipanggil 'salted egg yolk chicken recipe'. Hidangan ni memang menu kegemaran bagi penggemar masakan chinese muslim. Rata rata restoran chinese muslim ada hidangan ini.
Resepi ni boleh dicuba pada udang dan ketam. Biasa dalam menu ditulis udang telur masin, ketam telur masin. Rasa masin telur, pedas dan aroma daun kari memang sedap dinikmati bersama nasi panas dan kuah butter. Memang terbaik!
Resepi periuk noxxa kali ni cuma menggunakan 2 fungsi sahaja iaitu stir fry dan steam. Masak dengan periuk noxxa memang seronok dan mudah.
Bahan bahan yang diperlukan untuk popcorn ayam adalah:-
1 sudu besar lada putih
Gula & garam secukup rasa
1/2 cawan tepung jagung
200g tepung kentang
500g ayam dipotong nipis/dadu
1 biji telur ayam
Bahan bahan untuk salut kuning telur masin:-
2 ulas bawang putih ditumbuk
5 ulas cili padi
3 biji kuning telur masin
2 tangkai daun kari
Minyak masak
Minyak bijan
3 sudu mentega
Cara penyediaan popcorn ayam goreng
Cara penyediaan salutan kuning telur masin
Selamat mencuba! Jagan lupa Like & Share video ini.

- Gaul ayam dengan gula, garam dan serbuk lada putih, perap selama 15 minit
- Pecahkan telur & pukul. Campurkan kedalam ayam yang telah diperap
- Campurkan tepung jagung dan tepung kentang, gaul hingga sebati.
- Salut kepingan ayam dengan tepung tadi
- Gunakan fungsi Stir Fry periuk noxxa, panaskan minyak masak untuk menggoreng.
- Goreng ayam selama 3 minit sehingga warna sedikit kekuningan.
- Angkat dan toskan.
Cara penyediaan salutan kuning telur masin
- Masukan 1 liter air kedalam inner pot, letak tungku mengukus dan letakkan kuning telur masin diatasnya.
- Tutup periuk, pilih fungsi Steam selama 10 minit.
- Selepas 10 minit keluarkan telur kuning dan lumatkan hingga halus
- Sekarang gunakan fungsi Stir Fry panaskan campuran minyak bijan dan minyak masak
- Goreng kuning telur yang telah dilumat halus tadi, kacau hingga berbuih, kemudian campurkan bawang putih yang ditumbuk, tumis sehingga bau harum
- Keluarkan bahan tadi.
- Dengan inner pot yang bersih, gunakan fungsi Stir Fry cairkan mentega
- Tumis cili padi dan daun kari hingga layu
- Campurkan bahan kuning telur tadi
- Masukan popcorn ayam goreng tadi
- Gaul sebati hingga semua bahagian disalut Sedia untuk di hidang.
Selamat mencuba! Jagan lupa Like & Share video ini.