Kalau cakap pasal udang, resepi yang biasa kita masak biasanya pi mai pi mai tangtu (maksudnya asyik masak resepi sama je). Ini se...
Kalau cakap pasal udang, resepi yang biasa kita masak biasanya pi mai pi mai tangtu (maksudnya asyik masak resepi sama je). Ini senarai biasa masakan udang: resepi gulai udang, resepi kari udang, resepi sambal udang petai, resepi udang goreng butter, resepi udang masak lemak, resepi udang masak merah. Dah bosan dengan resepi ni? Meh kita try cara lain pula...
Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada Sis Aisyah dari JB kerana berkongsi resepi masakan udang istimewa ni kepada KN. Kami hidangkan kepada anda sekarang, resepi udang berempah noxxa versi Sis Aisyah. Sedap hingga menjilat jari!
Bahan bahan
450gm udang
3 ulas bawang putih
1 batang serai
4 biji bawag merah (sis Aishah tak letak)
1 biji bawang besar
2 tangkai daun kari
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar biji ketumbar*
1/2 sudu besar jintan manis*
1/2 sudu besar jintan putih*
(Bahan bertanda * perlu disangai kering utk mendapatkan aroma yang wangi)
Cara Penyediaan
- Bahan bertanda * adalah untuk rempah. Campurkan kesemua bahan * (ketumbar + jintan manis + jintan putih) dan Stir Fry tanpa minyak dalam periuk noxxa sehingga garing. Kemudian kisar kesemua bahan tadi. Rempah sudah siap.
- Tumbuk bawang putih, serai dan bawag merah.
- Kemudian gaul udang bersama bahan tumbuk tadi dan juga rempah*. Campur sedikit gula dan garam secukup rasa.
- Perap udang tadi selama 1 jam.
- Selepas 1 jam sedia untuk dimasak. Panaskan sedikit minyak dalam inner pot dengan fungsi Stir Fry.
- Tumis daun kari, bawang besar dan cili padi yang dihiris sehingga layu
- Kemudian masukan udang dan goreng sehingga masak.
- Sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba. Sila share dan like resepi ini kepada rakan anda.