Archive Pages Design$type=blogging$meta=hide

.

8 Sebab Kenapa Masak Dengan Periuk Tekanan Noxxa

Ya, periuk tekanan semakin mendapat sambutan. Kenapa semakin ramai suri rumah, pelajar dan malah ibu bapa yang bertukar kepada periuk ...

8 Sebab Kenapa Masak Dengan Periuk Tekanan Noxxa


Ya, periuk tekanan semakin mendapat sambutan. Kenapa semakin ramai suri rumah, pelajar dan malah ibu bapa yang bertukar kepada periuk tekanan? 

KN & AN ada buat sedikit kajian pada pengalaman sendiri dan survey bersama pengguna lain, tanya feedback mereka dan ini 8 senarai sebab kenapa kami & mereka suka menggunakan periuk tekanan Noxxa.


1. Ia Menjimatkan Masa, Masak Lebih Cepat

Kita selalu alami perkara ini, rushing balik dari tempat kerja pada waktu petang untuk sediakan makan malam untuk keluarga. Sudah la penat, nak memasak lagi... Untunglah mereka yang menggunakan periuk tekanan Noxxa. Masak nasi 7 minit, masak ayam 5 minit, masak sayur 2 minit. 

Ia menjimatkan masa memasak sehingga 60% daripada kadar biasa. Campak, campur dan tinggalkan urusan memasak kepada Noxxa.


2. Nutrien Makanan Kekal Dengan Rasa Yang Enak

Semakin lama anda memasak makanan dan sayuran, semakin banyak nutrien yang baik akan terhapus! Oleh kerana memasak dengan periuk tekanan masakan lebih cepat siap, jadi kandungan nutrien hidangan anda masih banyak dan segar! Rasanya..emmm pasti enak dan jauh meresap ke dalam makanan.


3. Mudah Kemas Mudah Basuh
Oleh sebab anda memasak dengan satu periuk tekanan, jadi anda hanya perlu bersihkan satu peralatan sahaja. Masukan semua bahan ke dalam pot dan tunggu sehingga masak.  Jadi anda berpeluang berehat lebih awal.




4. Makan Sedap Setiap Malam

Bagi yang suka makan nasi arab, ia adalah hidangan istimewa yang lazat. Masa menyediakan semua hidangan pun agak panjang dan biasa masak pada hari minggu atau hari cuti sahaja. 

Dengan periuk tekanan, kini masa memasak dan persediaan hidangan semakin cepat! Anda boleh makan nasi arab tiap tiap malam jika mahu.


5. Jimat Tenaga Jimat Wang

AN pernah masak telur goreng selama 10 minit dengan dapur gas. Nak tahu kenapa lambat? Sebab api asyik menari-nari bila ditiup angin malam. Kami tingal di apartment tingkat 3, jadi memang selalu angin kencang.

Dengan periuk tekanan, anda tak perlu risau tentang bekalan gas, tiupan angin dan kos kos lain. Periuk takanan memasak dengan cepat, jadi lebih kurang tenaga yang digunakan. Anda lebih jimat daripada beli tong gas attau bayar elektrik berlebihan.




6. Memasak Dengan Nyaman Tanpa Rasa Bahang Dapur

Memang menjadi adat kalau check-in di dapur maka berpeluh panas la jawabnya. Mana kan tidak, menghadap api memasak, menggacau sup dan kerja-kerja dapur yang lain. Memang bau bawang+peluh la hasilnya.

Tapi anda boleh relak sikit dengan periuk tekanan Noxxa. Ini kerana ia menyimpan dan mengekalkan haba masakan dalam periuk dengan sistem penebat haba dalaman yang direka supaya pengeluaran haba ke persekitaran anda  adalah minimum. Jadi haba tersebut digunakan sepenuhnya untuk memasak.

Bukan seperti dapur tungku gas, ia memanaskan dapur anda secara langsung. Kalau tinggal di kawasan salji mungkin nyaman dengan haba dapur. Tetapi tidak di negara kita.





7. Encik Abang Pun Rajin Memasak Sekarang

Lelaki & teknologi memang sukar dipisahkan (merujuk kepada suami KN). Lelaki sebenarnya kreatif, mereka lebih aktif bila berdamping dengan perkara melibatkan teknologi. Periuk Noxxa adalah gabungan teknologi mekanikal dan kawalan digital, ada butang dan fungsi canggih.

Jadi AN memang semangat bab-bab eksperimen masakan bersama teknologi :p. KN ada share dalam ruangan siapa kami (About) , AN yang semangat unboxing set periuk Noxxa bila sampai bulan 9, 2015. 

Good news-nya adalah, boleh la buat sistem giliran memasak lepas ni. AN boleh je memasak sebenarnya, cuma dia tak rajin membasuh dan mengemas dapur je.. dengan periuk ni, kerja mengemas jadi ringan dan dia pun suka buka & pasang periuk Noxxa. Dah macam toy dia  :p 


8. Boleh Buat Stok Makanan Untuk Simpan Lama

Tau kan, kita boleh buat ikan seperti ikan sardin dalam tin dengan periuk Noxxa? Cuba check resepi KN share: Resepi Ikan Sardin Noxxa. Ya, banyak lagi yang boleh dilakukan sebenarnya. 

Dengan fungsi masak dalam tekanan tinggi, bakteria dan kuman mudah dihapus, jadi makanan yang baru dimasak boleh terus dibekukan dalam bekas kedap untuk mengawet secara semulajadi. Jadi ia tahan lama dan boleh dipanaskan semula bila nak makan nanti. 


Ok, semoga 8 senarai di atas beri faedah kepada anda semua. Jika ada penemuan baru, sudah tentu KN & AN akan kongsikan pada entri akan datang.

Stay delicious & healthy semua yea.. Selamat memasak!



COMMENTS

Name

aglio olio air fryer xl ayam panggang ayam penyet ayam telur masin bawa bekal makanan bil api periuk noxxa bil elektrik periuk noxxa bubur ayam bubur pedas buku resepi buku resepi noxxa cara buat popcorn cara guna periuk noxxa cara jimat wang cara membuat popcorn daging black pepper daging masak lada hitam fungsi delay timer Gadget garrett popcorn how to make popcorn ikan kembung ikan masak kicap ikan sardin iron philips iron tekanan philips kek kek marble ketam masak cili ketupat segera kos periuk noxxa laksa utara lokasi kedai amway malaysia maggi kari masak 3 rasa masak black pepper masak nasi beras masak tiga rasa mee segera mushroom soup homemade nandos nasi dagang nasi impit noxxa noxxa electric multifunction pressure cooker Noxxa Pressure Cooker noxxa pressure cooker review paras air beras percuma periuk ajaib noxxa Periuk Noxxa periuk noxxa 2019 periuk noxxa baru periuk noxxa percuma periuk noxxa rosak periuk tekanan noxxa popcorn popcorn time potato wedges pressure cooker noxxa pulut kuning puri tomato rendang masak hijau repair periuk noxxa resepi resepi air fryer resepi ayam resepi ayam penyet resepi bubur resepi daging resepi ikan resepi ikan berlada resepi ikan sardin resepi ikan siakap resepi kek resepi kek marble resepi kentang resepi ketam resepi laksa resepi masak kicap resepi masak udang resepi masakan udang resepi mee resepi mushroom soup resepi nasi resepi nasi dagang noxxa resepi nasi noxxa Resepi Noxxa Resepi Periuk Noxxa resepi pizza resepi pop corn resepi popcorn resepi pulut resepi pulut kuning resepi rendang resepi rendang ayam resepi sayur resepi sos resepi spaghetti resepi sup resepi tauhu resepi tauhu berlauk resepi udang resepi western seafood aglio olio setting periuk noxxa siakap tiga rasa Soalan Noxxa sos peri peri spaghetti blackpepper spaghetti carbonara sup cendawan tauhu berlauk Tips tomato tomato puree unboxing periuk noxxa wedges kentang
false
ltr
item
Resepi Periuk Noxxa: 8 Sebab Kenapa Masak Dengan Periuk Tekanan Noxxa
8 Sebab Kenapa Masak Dengan Periuk Tekanan Noxxa
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjAubwW5810H0P9bmQx6-NKHWz8utIqPm4rIjya9ov2I7-TXnXU-60hb85Ryah0sqa-FcAvrxDW41R_vqCsFUkdd30TzvNjXty3PNbZOt3vuM5yoR5mTFSRrs2R28kWLmvG_6aF95dPSNI/s1600/10+Sebab+Kenapa+Perlu+Masak+Dengan+Periuk+Tekanan.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjAubwW5810H0P9bmQx6-NKHWz8utIqPm4rIjya9ov2I7-TXnXU-60hb85Ryah0sqa-FcAvrxDW41R_vqCsFUkdd30TzvNjXty3PNbZOt3vuM5yoR5mTFSRrs2R28kWLmvG_6aF95dPSNI/s72-c/10+Sebab+Kenapa+Perlu+Masak+Dengan+Periuk+Tekanan.png
Resepi Periuk Noxxa
https://periuknoxxa.blogspot.com/2015/09/8-sebab-kenapa-masak-dengan-periuk-tekanan-noxxa.html
https://periuknoxxa.blogspot.com/
https://periuknoxxa.blogspot.com/
https://periuknoxxa.blogspot.com/2015/09/8-sebab-kenapa-masak-dengan-periuk-tekanan-noxxa.html
true
4088582426114235242
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago