Sibuk & penat selepas seharian berkerja menyebabkan Kak Noxxa (KN) malas memasak, bukan malas tapi tak larat sangat rasanya. Abang Noxxa (AN) pula bukan jenis yang rajin memasak.
Nak membeli setiap hari untuk makan malam bukan sesuatu yang mudah ditambah dengan cengkaman ekonomi yang semakin terasa peritnya. Bukan mengeluh dengan keadaan... tapi kami fikir alangkah baiknya kalau memasak itu mudah dan cepat!
Mujurah KN dah jumpa cara untuk masak dengan mudah sepantas average kurang 10 minit untuk 1 hidangan. Terima kasih kepada client KN sebab perkenalkan "Periuk Tekanan Noxxa" dan siap ajar cara buat ikan sardin Noxxa... Tengkiu so much...
Baca ni: 8 Sebab Kenapa Masak Dengan Periuk Noxxa
Baca ni: 8 Sebab Kenapa Masak Dengan Periuk Noxxa
Kenapa Nak Share Di Blog?
Apa salahnya berkongsi pengalaman sendiri memasak dengan periuk Noxxa, betul kan? Lagipun ramai diluar sana sedang mencari cara berjimat yang praktikal, selain berjimat, dapat juga menambah rasa kasih sayang dalam keluarga dan anak anak pun merasa masakan tangan KN dan AN.
Seriously... masa baru-baru dapat periuk Noxxa, AN yang semangat 'unboxing' dan dia yang rasmikan dulu, menu pertama AN buat adalah reheat semula sup tulang dalam peti ais.. OK la kan.. at least nampak dia pun semangat mencuba :D
Apa yang KN & AN Lakukan?
Dalam blog simple ni KN & AN kongsikan resepi periuk Noxxa, tips & tricks, cara penjagaan & maintenance dan kami juga terima tempahan untuk anda yang berminat memiliki set periuk tekanan Noxxa ini.
Ya, kami sebenarnya distributor berdaftar bersama syarikat Amway. Jadi pembelian yang anda lakukan melalui KN & AN, kami akan mendapat sedikit komisyen jualan. Anda pun boleh lakukan perkara yang sama seperti KN & AN. Tambah duit dapur :D
Selain itu, KN ada kerjaya sendiri sebagai penasihat pelaburan bersama salah satu 'bank merah' di Malaysia. AN pula dia pakar dalam bab IT dan pembangunan website.
Jadi platform ini adalah celoteh KN & AN untuk berkongsi maklumat. Terima kasih kepada anda yang sudi membaca blog simple ini. Moga anda mendapat banyak manfaat & jangan segan silu untuk tegur KN & AN jika berlaku ralat...
Semoga anda mendapat manfaat daripada perkongsian ringkas dari KN & AN