MrJazsohanisharma

Penutup Periuk Noxxa Susah Buka Selepas Memasak?

Penutup Periuk Noxxa Susah Buka Selepas Memasak

Penutup Periuk Noxxa Susah Buka Selepas Memasak?

Awas! Jika anda biasa masak makanan berkanji dengan periuk noxxa, sila ikut langkah ini untuk elak penutup periuk tersangkut susah buka selepas memasak.

Baru baru ni kami dapat pertanyaan dari seorang pembaca. Beliau sudah 2 tahun menggunakan periuk noxxa dan berniaga nasi bubur dengan memasak guna bantuan periuk noxxa.

Hari ni beliau hadapi situasi yang tak disangka sangka. Selepas memasak penutup periuk tidak boleh dibuka. Akhirnya terpaksa dibuka dengan bantuan anak lelakinya. Agak sukar dan ketat untuk membukanya.

Jadi soalan diajukan kepada kami. Hipotesis kami adalah mungkin valve tekanan tersangkut menjadi punca. Kami cadangkan beliau membasuh bahagian berlubang pada penutup periuk. Bersihkan dengan air dan sabun secukupnya pastikan tiada sisa makanan tersangkut pada mana mana lubang.

Bahagian bawah penutup periuk noxxa yang perlu dibersihkan
Bahagian bawah penutup periuk noxxa yang perlu dibersihkan

Bahagian atas penutup periuk noxxa yang perlu dibersihkan
Bahagian atas penutup periuk noxxa yang perlu dibersihkan


Beliau ikut saranan kami dan hasilnya penutup tidak sangkut lagi dan mudah dibuka selepas memasak! Ya penting untuk menjaga kebersihan penutup periuk.

Ia adalah pengawal sistem keselamatan dan pengunci penutup semasa tekanan tinggi. Jadi kami hasilkan video ini sebagai panduan anda.

Anda ada masalah seperti ini?? Sila lakukan sekarang.

Ini adalah salinan perbualan kami.



>

*

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama