
It's popcorn time! Bila nak layan movie di rumah dengan family, lagi best kalau ada popcorn makan share ramai ramai. Bahan bahan dah ada, pergi ke dapur bila nak buat je, gas habis pulak... Apa nak buat?
Senang je, beruntunglah siapa yang ada periuk tekanan noxxa. Nampak je macam periuk nasi, tapi boleh masak macam macam. Gunakan function high pressure periuk noxxa, pop corn 1 minit je boleh siap.
Kalau google cara membuat popcorn KN suka guna bahasa omputeh, taip je "how to make popcorn" berlambak lambak video dan resepi popcorn. Sebenarnya basicnya sama, nak bagi jagung tu pecah pop pop, pastu gaul dengan karamel perlbagai perasa.
Contoh macam Garrett Popcorn ada perisa coklat, sea weed, keju dll. Cuma bancuh karamel dengan bahan perasa je. Boleh je buat sendiri dirumah.
Ok lah arini KN nak feature seorang sahabat noxxa, sis lynnmazliana dari Instagram. Terima kasih sis kerana berkongsi resepi. Sis akan ajar cara buat popcorn basic yg mudah dan cepat dengan menggunakan periuk noxxa. Tak perlu pun tong gas dirumah. Jom kita belajar resepi popcorn periuk noxxa ni.
Sukatan dibawah adalah anggaran untuk 1-2 orang makan. Kalau nak buat popcorn banyak, cuma gandakan bahan ye.
Bahan Bahan
2 sudu besar majerin
Setengah cawan biji bertih jagung
3 sudu gula perang untuk karamel
Cara Buat Popcorn
- Gunakan fungsi Stir Fry, cairkan majerin, kemudian off sebentar
- Masukan bertih jagung dalam inner pot, tutup periuk, sambung dengan fungsi High Pressure selama 1 minit.
- Bunyi pop pop kedenganran, selepas 1 minit buka penutup, keluarkan semua popcorn.
- Sambung dengan fungsi Stir Fry, masukan gula perang dan cairkan.
- Masukan semula popcorn tadi dan gaul rata dengan gula perang cair tadi.
- Siap dihidang, masa hidang jangan lupa sebut "It's Popcorn Time!" (nak bai rasa seronok, tu je...)
Inilah caranya nak buat popcorn bila gas habis. Kalau anda ada resepi karamel untuk popcorn yang best macam Garrett, boleh la share di wall FB Periuk Noxxa & Resepi . Selamat mencuba!