
Resepi bubur nasi ini dikongsi oleh seorang ibu yang baik hati, nama beliau Puan Fauziah. Resepi ini simple dan sedap (mestilah sedap, Puan Fauziah ni peniaga bubur nasi taw!)
Cubalah buat, memang terbaik resepi ni.
Bahan Bahan
2 cawan beras
18 cawan air
3 sudu besar pati ayam
1 sudu besar Maggi cukup rasa
1 sudu besar garam
0.5 inci halia dihiris
Ayam
sup bunjut
sedikit garam
Cara Penyediaan Ayam
1. Masukan ayam, sup bunjut, garam secukup rasa dan air untuk dapatkan air rebusan ayam.
2. High Pressure selama 10-15 minit.
Cara Penyediaan Nasi Bubur
1. Masukan 2 cawan beras yang telah dibasuh dengan 18 cawan air.
2. High Pressure selama 18 minit
3. Keluarkan tekanan, buka penutup. Masukan hirisan halia bersama garam, pati ayam dan maggi cukup rasa. Tutup periuk dan sambung High Pressure untuk 1 minit lagi.
4. Lepaskan tekanan, buka penutup dan masukan air rebusan ayam pula secukup rasa dan elok cairnya.
5. Hiris daging ayam, taburkan sedikit daun bawah @ daun sup dan sedia dihidang.
salam...boleh saya buat pertanyaan... macam ni.. saya baru beli periuk noxxa ni beberapa hari lepas.. saya baru mencuba hari ni..saya mencuba pertama kali seperti yang diarahkan iaitu meletakkan air dalam periuk, tutup, letak titik pressure di titik putih, tekan high pressure set masa 15 minit dan tekan butang on.. selepas itu, paparan masa tidak berganjak walaupun setelah beberapa minit berjalan... tapi air mendidih dengn baik.. dan satu lagi, pelaras pressure ke steam tidak keluarkan steam.. saya masih boleh bukak penutup periuk walaupun steam tak keluar dari lubang steam/pressure...kenapa ya?
BalasPadamWasalam sis
Padam1. Timer akan berganjak selepas suhu dan tekanan optimum dicapai. Ya untuk fungsi high pressure periuk noxxa, seedikit masa tambahan diperlukan untuk tujuan ini. Dan jangan risau, semuanya adalah normal.
2. kalau takde keluar steam ada 2 kemungkinan, pertama air dalam periuk tak cukup mendidih dan tekanan tak cukup lagi (biasa berlaku kalau 1st time guna rasa was2 dan cuba buka periuk utk tengok dalam). Kemungkinan kedua penutup tidak ditutup & dikunci dengan baik, atau mungkin juga terlupa pasang getah pada bawah penutup. Akibatnya tekanan tidak dapat dibina dalam periuk dan wap air keluar seperti masak air atas dapur gas shj.
Pastikan semua langkah pemasangan dilakukan dengan betul mengikut manual dan DVD panduan.
Jika sis rasa sis buat dah betul dan yakin periuk bermasalah, terus je ke kedai amway berhampiran. nnti mereka bantu cek dan betulkan :)
Enjoy noxxa ye sis
Assalam..tkasih saya ada cuba resepi ni..bila part masak nasi jdi bubur n lepaskn tekanan..masa tu bukn saja angin yg kluar tpi dgn air kanji sekali mcm lahar gunung brapi..
Padam