Ok resepi Resepi Ikan Sardin Masak Kicap Noxxa ni AN sendiri yang tulis. Dari kecil lagi AN suka makan kicap. Apa-apa masak yang ada ...
Ok resepi Resepi Ikan Sardin Masak Kicap Noxxa ni AN sendiri yang tulis. Dari kecil lagi AN suka makan kicap. Apa-apa masak yang ada kicap memang laju AN makan... Paling best taw tak apa? Telur + nasi panas + kicap, memang terbaik!!!
Resepi masak kicap ni AN mintak dari mak, sebenarnya dari bujang dulu memang dah biasa buat masak kicap, ayam masak kicap boleh, ikan masak kicap boleh, daging masak kicap boleh, telur masak kicap pun boleh. Dulu masa kat rumah bujang AN la chef kerahan... Masak apa yang ada.
Post ini adalah bukti lelaki pun boleh masak taw. Ye la kalau nak banding dengan KN memang la resepi dia masak lagi banyak. Tapi itu tak penting, apa yang penting.. kerjasama. AN share apa yang tahu buat. Ow.. lagi satu AN pakar bancuh air je..nanti kalau ada resepi bancuh air dengan periuk Noxxa AN kongsikan..haha!
Ini resepi turun temurun, sila salin ye brader dan sisters semua, selamat mencuba :)
Bahan Bahan
4 ekor ikan sardin Noxxa (Belajar buat sardin sendiri dengan periuk Noxxa, klik disini)
1 biji bawang besar dihiris
1 batang kayu manis
4 biji buah pelaga
Kicap lemak manis secukup rasa
1/2 cawan air
1 biji bawang besar dihiris
1 batang kayu manis
4 biji buah pelaga
Kicap lemak manis secukup rasa
1/2 cawan air
Cara Penyediaan
- Set periuk Noxxa kepada mode STIR-FRY, masukan sedikit minyak & tunggu minyak panas.
- Masukan bawang, kayu manis, buah pelaga, tumis sehingga naik bau dan bawang keperangan.
- Masukan 1/2 cawan air, kemudian masukan kicap lemak manis secukup rasa. Kacau rata. Kemudian masukan ikan sardin dan susun molek molek.
- Untuk rasa kicap meresap jauh ke dalam ikan, tutup periuk dan tukar setting kepada HIGH PRESSURE tetapkan selama 3 minit.
- Selepas masak Resepi Ikan Sardin Masak Kicap Noxxa, cepat cepat makan dengan nasi putih panas, nak sedap lagi, goreng telur mata dan makan bersama... Memang brader masak tahap masterchef sedapnya!