Hari ni KN nak kongsi resepi ikan siakap tiga rasa dengan menggunakan periuk Noxxa. Oleh sebab ikan siakap yang KN beli saiz agak bes...
Hari ni KN nak kongsi resepi ikan siakap tiga rasa dengan menggunakan periuk Noxxa. Oleh sebab ikan siakap yang KN beli saiz agak besar, jadi ikan ni tak sesuai digoreng dengan periuk Noxxa, ikan siakap goreng dengan kuali guna dapur gas.
Ikan masak 3 rasa ni tak la sama macam dekat kedai tomyam, ini versi simple apa yang ada je. So ini resepi yang sesuai ketika sibuk dan bajet terhad. Ikan siakap tiga rasa adalah menu yang sesuai dipadan dengan masakan tomyam campur, telur dadar dan kailan ikan masin. Terliur tak?...
Oklah jom kita lihat bahan bahan dan cara menyediakan masakan siakap masak 3 rasa ni:-
Bahan ikan siakap goreng
1 ekor ikan siakap
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Bahan memasak kuah tiga rasa
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 3 ulas
Halia 1 inci
Serai 2 batang
Cili kering 1/2 genggam
Tomato 2 biji - 1 potong dadu, 1 kisar
Cili padi 4 biji
Garam & gula secukup rasa
Cara Penyediaan Ikan Siakap Goreng
- Lumur ikan siakap yang telah dibasuh dan dikelar dengan kunyit dan garam
- Goreng ikan sehingga garing
Cara Penyediaan Kuah Tiga Rasa
- Kisar cili kering dan tomato 1 biji (asingkan dari 2)
- Kisar bawang merah, bawang putih, halia. (asingkan dari 1)
- Set kepada fungsi STIR FRY, panaskan sedikit minyak.
- Tumis kisaran bawang besar, bawang putih, halia, sehingga naik bau, kemudian masukan kisaran cili kering dan tomato bersama.
- Tutup periuk Noxxa dengan penutup tekanan. Set HIGH PRESSURE tetapkan kepada 2 minit. Ini bertujuan untuk mempercepatkan cili masak dan pecah minyak.
- Selepas 2 minit, kembali kepada fungsi STIR FRY, masukan cili padi, serai, tomato dipotong dadu, garam dan gula secukup rasa.
- Kuah untuk ikan siakap masak 3 rasa sudah siap, sedia untuk dituang keatas ikan siakap goreng tadi.
Kalau tengok dalam gambar tu banyak kuah kan... Sebenarnya KN terlajak tuang kuah, nak adjust pun perut tengah bergoncang masa tu.. so snap gambar terus tak tungu lama.
Cuba buat resepi siakap tiga rasa ni ye, adjust la ikut selera sendiri contohnya tambah nenas, tambah asam limau dll. Banyak versi boleh buat. Cuma untuk kali ini, KN pilih resepi cara masak seperti diatas :)
Selamat mencuba!