Archive Pages Design$type=blogging$meta=hide

.

Info Periuk Noxxa

periuk noxxa serbaguna

Lihat Video: Mudahnya Memasak Dengan Periuk Noxxa!





Keterangan Periuk Noxxa


Periuk Tekanan Serbaguna Noxxa (Noxxa Multifunction Pressure Cooker) adalah periuk ajaib yang sedang trending masa kini. Periuk ini nampak seperti periuk nasi biasa. Tapi jangan terkejut jika periuk ni boleh menumis, menggoreng, masak stim, memanas, slow cook, defros, masak dalam tekanan tinggi dan rendah! Ya. Semua itu mampu dilakukan oleh periuk noxxa!

Dahulu periuk seumpama ini telah ada tapi menggunakan gas LPG dengan fungsi yang terhad. Namun dengan peredaran masa, inovasi koil pemanasan elektrik dicipta dan sistem sensor serta kawalan automatik disatukan. Tadaa.. jadilah periuk Noxxa yang anda nampak sekarang.

Sangat sesuai untuk ibu ibu yang suka memasak tetapi berkerjaya. Ibu yang berkerja menempuh jadual masa yang amat mencabar, 8 jam berkerja disiang hari, kemudian ambil anak anak disekolah, balik rumah malam melayan anak anak. Tenaga sudah habis untuk memasak jadi ramai yang beli makan malam diluar. Ini menyebabkan kos hidup menjadi tinggi. Dengan periuk noxxa, ibu ibu akan lebih gembira dan seronok memasak walaupun penat pulang dari kerja. Sebabnya periuk noxxa amat mudah digunakan, masakan jadi cepat siap, kurang kerja mengemas dapur, dapur bersih dan kurang bau dan macam macam kelebihan lain. Jika anda dalam kumpulan ibu ibu yang menggunakan noxxa, rasa ingin memasak akan lebih seronok dan teruja kerana ada rakan yang berkongsi resepi dan tips gunakan noxxa. Periuk noxxa adalah pilihan bijak untuk ibu berkerjaya, ia akan mengurngkan kos makan malam dan lebih mengeratkan hubungan kekeluargaan. Cuba lah sekarang!

Spesifikasi Periuk Noxxa


spesifikasi periuk noxxa

Berikut adalah spesifikasi penting yang harus anda semak dan pastikan semasa menerima set periuk Noxxa yang baru. Maklumat ini anda boleh semak sama ada pada kotak bungkusan mahupun dibahagian bawah periuk Noxxa.

Model Number: PC335CA
Watt: 1300 watts
Rated Voltage: 220V-240V A.C. (alternating current)
Rated Frequency: 50/60 Hz (standard Malaysia/TNB)
Nombor Siri: Dirahsiakan (dipotong), sila pastikan nombor siri pada bar code dan sticker diatas adalah sama.
Buatan: Made in P.R.C (apa tu PRC? Haha.. branding canggih ni.. Made in People's Republic of China atau senang cakap barang buatan China)
Pengesahan SIRIM: mesti kena ada sticker SIRIM ni, ini menunjukan produk tersebut telah melalui ujian elektrikal dan melepasi standard keselamatan di Malaysia.

P/S: Walaupun buatan China, tetapi kualiti material dan kemasan adalah memuaskan. Kalau nak beri rating, kami bagi 8/10 la. Yang penting adalah kebolehan fungsi dan durability (ketahanan barang) yang memenuhi expectation boleh dicapai.

Berikut adalah apa yang harus anda semak apabila unboxing set periuk tekanan Noxxa yang baru:-
  1. Resit Penghantaran (@ Invois)
  2. Kotak pembungkus
  3. Periuk pemanas bersama fungsi panel Low-High pressure, Stir Fry, Warm Reheat, Steam, Slow Cook, Delay Timer & butang On/Off
  4. Pot memasak (anti-lekat)
  5. Penutup periuk lengkap bersama pressure regulator knob
  6. Wayar soket 3 pin berfius
  7. Buku manual Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris & Cantonese
  8. DVD panduan penggunaan
  9. Panduan penjagaan pot memasak
  10. Guarantee card bersama tarikh pembelian (1 tahun) * Pastikan anda isi dan poskan keratan maklumat Guarantee card kepada alamat tertera untuk nikmati perlindungan daripada kerosakan kilang.
  11. 1 senduk pengacau dan 1 cawan penyukat


Cara Guna Periuk Noxxa


cara guna periuk noxxa

Noxxa Pressure Cooker hadir dengan panel mudah ditekan dengan indikasi lampu LED dan panel bernombor yang menunjukan bilangan masa dalam minit.

Berikut adalah senarai fungsi butang dan tugas yang mampu dilakukannya:-
  1. High Pressure - fungsi memasak dalam tekanan tinggi untuk bahan mentah seperti daging, ayam dll
  2. Low Pressure - fungsi memasak dalam tekanan rendah untuk bahan seperti kentang, apple, dll (yang mungkin meletup/pecah dalam tekanan tinggi)
  3. Warm/Reheat - memanaskan dan mencairkan masakan yang disejukbeku selepas dimasak
  4. Stir-Fry - fungsi yang memudahkan anda menumis atau menggoreng dalam periuk Noxxa sebelum disambung dengan fungsi masakan lain
  5. Steam - fungsi memasak dengan cara memanggang makanan seperti nasi kukus atau pau kukus dengan mengguakan air mendidih
  6. Slow Cook - memasak secara perlahan untuk mendapatkan hasil masakan yang lembut dengan rasa yang meresap jauh kedalamnya.
  7. Delay Timer - sangat berguna jika anda ingin memulakan masakan yang perlu diperap. Delay masa maksimum yang dibenarkan adalah sehingga 8 jam dan kemudian proses memasak berjalan dengan sendiri secara automatik.

Cara Menggunakan Fungsi High & Low Pressure Periuk Noxxa

  1. Pasangkan kod kabel, masukan pot memasak kedalam periuk Noxxa.
  2. Masukan makanan yang hendak dimasak kedalam pot periuk. Pastikan bahan masakan tadi dicampur dengan air minimum 250ml (8oz) untuk lakukan fungi masakan tekanan ini.
  3. Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam.
  4. Letakan knob pelaras tekanan pada kedudukan PRESSURE
  5. Pilih fungsi High atau Low Pressure pada butang panel, tekan beberapa kali untuk menentukan berapa masa memasak yang diperlukan dalam kiraan minit (rujuk nombor pada panel)
  6. Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai. Kemudian bunyi BEEP akan kedengaran menandakan masakan anda sudah siap.
  7. Keluarkan tekanan dalam pot dengan meletakan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM, biarkan sehingga tekanan habis (selepas knob jatuh pada kedudukan pressure). Kemudian buka penutup mengikut arah putaran jam.

Cara Menggunakan Fungsi Warm/Reheat Periuk Noxxa

  1. Pasangkan kod kabel, masukan pot memasak kedalam periuk Noxxa.
  2. Masukan makanan yang hendak dipanaskan kedalam pot.
  3. Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam.
  4. Letakan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM
  5. Tekan butang WARM/REHEAT pada panel.
  6. Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai.

Cara Menggunakan Fungsi Steam Periuk Noxxa

  1. Pasangkan kod kabel, masukan pot memasak kedalam periuk Noxxa.
  2. Letakan bekas /bakul penahan kedalam pot memasak.
  3. Masukan minimum 250ml air kedasar pot, pastikan kedudukan bekas tadi lebih tinggi daripada paras air.
  4. Letak makanan yang ingin dikukus/stim diatas bekas tadi.
  5. Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam.
  6. Letakan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM
  7. Tekan buang STEAM dan set masa.
  8. Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai.

Cara Menggunakan Fungsi Stir-Fry Periuk Noxxa

  1. Pasangkan kod kabel, masukan pot memasak kedalam periuk Noxxa.
  2. Masukan sedikit minyak memasak (ikut resepi) kedalam pot.
  3. Tekan butang STIR-FRY pada panel
  4. Tekan butang ON/OFF, setelah minyak cukup panas masukan makanan yang hendak ditumis atau goreng.
  5. Jangan tutup dengan penutup tekanan ketika fungsi ini untuk elak letupan atau kemalangan.
  6. Setelah selesai, tekan butang ON/OFF semula untuk menamatkan sesi, kemudian boleh dicampur dengan bahan lain atau disambung dengan fungsi masakan yang lain.

Cara Menggunakan Fungsi Slow Cook Periuk Noxxa

  1. Pasangkan kod kabel, masukan pot memasak kedalam periuk Noxxa.
  2. Masukan makanan yang hendak dimasak kedalam pot.
  3. Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam.
  4. Letakan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM
  5. Tekan butang SLOW COOK pada panel dan set masa masakan (maksimum 9.5 jam).
  6. Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai.

Cara Menggunakan Fungsi Delay Timer Periuk Noxxa

  1. Pasangkan kod kabel, masukan pot memasak kedalam periuk Noxxa.
  2. Masukan makanan yang hendak dimasak kedalam pot.
  3. Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam. (mengikut keperluan fungsi masakan)
  4. Tekan butang DELAY TIMER, anda boleh set masa perap dalam tangga 0.5jam (30 minit) sehingga maksimum 8 jam pada display dipanel.
  5. Kemudian pilih mod masakan  dan jangkamasa masakan yang anda inginkan (hanya fungi Pressure cook, Steam dan Slow Cook yang perlukan setting masa)
  6. Tekan butang ON/OFF dan fungsi masakan akan bermula selepas delay timer anda selesai.

Name

aglio olio air fryer xl ayam panggang ayam penyet ayam telur masin bawa bekal makanan bil api periuk noxxa bil elektrik periuk noxxa bubur ayam bubur pedas buku resepi buku resepi noxxa cara buat popcorn cara guna periuk noxxa cara jimat wang cara membuat popcorn daging black pepper daging masak lada hitam fungsi delay timer Gadget garrett popcorn how to make popcorn ikan kembung ikan masak kicap ikan sardin iron philips iron tekanan philips kek kek marble ketam masak cili ketupat segera kos periuk noxxa laksa utara lokasi kedai amway malaysia maggi kari masak 3 rasa masak black pepper masak nasi beras masak tiga rasa mee segera mushroom soup homemade nandos nasi dagang nasi impit noxxa noxxa electric multifunction pressure cooker Noxxa Pressure Cooker noxxa pressure cooker review paras air beras percuma periuk ajaib noxxa Periuk Noxxa periuk noxxa 2019 periuk noxxa baru periuk noxxa percuma periuk noxxa rosak periuk tekanan noxxa popcorn popcorn time potato wedges pressure cooker noxxa pulut kuning puri tomato rendang masak hijau repair periuk noxxa resepi resepi air fryer resepi ayam resepi ayam penyet resepi bubur resepi daging resepi ikan resepi ikan berlada resepi ikan sardin resepi ikan siakap resepi kek resepi kek marble resepi kentang resepi ketam resepi laksa resepi masak kicap resepi masak udang resepi masakan udang resepi mee resepi mushroom soup resepi nasi resepi nasi dagang noxxa resepi nasi noxxa Resepi Noxxa Resepi Periuk Noxxa resepi pizza resepi pop corn resepi popcorn resepi pulut resepi pulut kuning resepi rendang resepi rendang ayam resepi sayur resepi sos resepi spaghetti resepi sup resepi tauhu resepi tauhu berlauk resepi udang resepi western seafood aglio olio setting periuk noxxa siakap tiga rasa Soalan Noxxa sos peri peri spaghetti blackpepper spaghetti carbonara sup cendawan tauhu berlauk Tips tomato tomato puree unboxing periuk noxxa wedges kentang
false
ltr
static_page
Resepi Periuk Noxxa: Info Periuk Noxxa
Info Periuk Noxxa
Resepi Periuk Noxxa
https://periuknoxxa.blogspot.com/p/info-periuk-noxxa.html
https://periuknoxxa.blogspot.com/
https://periuknoxxa.blogspot.com/
https://periuknoxxa.blogspot.com/p/info-periuk-noxxa.html
true
4088582426114235242
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago