Sebelum ni pernah dengar bubur pedas tak? KN pun tak pernah tahu adanya bubur pedas ni. Semalam baru tahu bila explore Instagram. R...
Resepi ni KN minta daripada sis di instagram. Kalau masa demam seram sejuk sedap kot makan bubur pedas noxxa ni, bagi berpeluh semula badan tu. Buat masa ni KN tak cuba buat lagi, catatkan dulu disini nanti nak buat rujukan semula.
Terima kasih dan kredit kepada sis sekali lagi kerana sudi berkongsi resepi yang mantop ni.
BAHAN A: Resepi Bumbu or rempah untuk bubur pedas
1 pot kecil beras
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
6-7 tangkai cili kering (dibuang biji)
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 batang serai (dihiris kecil)
1 sudu mkn lada putih
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar ketumbar
50 gm kelapa parut
rempah 4 sekawan (1 kuntum bunga lawang, 1 kuntum bunga cengkih, 1 btg kulit kayu manis dan 1 biji buah pelaga)
Cara-cara sediakan Bumbu
- Setiap bahan di atas hendaklah digoreng tanpa minyak secara berasingan. Gunakan api perlahan shj dan goreng sampai keperangan (terutamanya beras dan kelapa parut) (Guna STIR FRY)
- Kemudian tumbuk/kisar(dgn pengisar serbuk) bahan2 tersebut sehingga lumat. Satukan semua bahan td dan kacau rata2.
- Simpan di dlm bekas kedap udara sekiranya ingin menyimpan lama.
BAHAN B: resepi kuah bubur pedas
8 batang sayur kacang panjang
5 batang kacang botol
2 paket anak jagung
2 batang carrot
6 helai daun kunyit
2 biji bawang besar
2 sudu cili kering
secubit belacan
sengenggam udang kering
santan
garam
isi ayam (kalo nak pakai tetel pon ok)
udang
cendawan hitam
semangkuk fuchok
*semua sayur2 tu di hiris halus
Cara-cara masak bubur pedas
- Guna function STIR FRY tumis bawang , udang kering, cili kering dan bumbu tadi. tumis sampai naik bau
- masukan santan dan air
- masukan ayam
- masukan semua sayur2
- masukan garam
- then boleh hidang dan di makan
Baca betul betul resepi bubur pedas ni ye. Ada 2 jenis bahan perlu disediakan BAHAN A untuk bumbu, dan BAHAN B untuk kuah. Bahan A guna semasa masak Bahan B.
Tadi KN pun confused juga, tapi bila baca semula resepi yg sis famyra bagi baru faham caranya.
Selamat mencuba dan terima kasih sekali lagi kepada sis famyra kerana berkongsi resepi sup pedas yang awesome ni!