Resepi hari ni setakat masak mee segera perisa kari .. apa barang.. ye tak? Tapi apa nak buat kalau terlupa nak beli barang dapur ...
Resepi hari ni setakat masak mee segera perisa kari.. apa barang.. ye tak?
Tapi apa nak buat kalau terlupa nak beli barang dapur lepas tu gas pulak habis, yang ada periuk Noxxa dengan mee segera je. Perut pulak tengah lapar. So untuk alas perut, ini lah hidangan pantas paling mudah. Itulah rezeki namanya.,. Alhamdulillah.
Lepas makan baru keluar cari barang dapur.
Nak salin ke resepi ni? Tak payah rasanya boleh ingat kan... AN cuma nak share setting dan cara guna periuk noxxa untuk masak mee segera je. Kot-kot la ada yang terkena situasi macam ni.
Bahan Bahan
1 paket mee segera (AN guna Mamee Kari Berapi)
Air 1 mangkuk
Cara Penyediaan
- Masukan mee segera dan perencah kedalam pot Periuk Noxxa.
- Tambahkan 1 mangkuk air. (Ini sukatan terbaik untuk dapatkan rasa perencah sebati dengan mee. Sukat guna mangkuk yang nak digunakan untuk makan)
- Tutup periuk, set mode kepada HIGH PRESSURE untuk 1 minit, tekan button On
- Selepas cukup 1 minit, periuk akan berbunyi dan mode bertukar secara automatik kepada fungsi REHEAT-WARM. Kalau anda suka makan mee yang lembut, biarkan dalam fungsi ini selama 1 minit lagi. Kalau suka makan mee kenyal, selepas masak terus angkat masuk mangkuk.
- Nikmati kelazatan mee segera perisa kari dengan air kopi garam buluh atau apa-apa air kegemaran anda.
Selamat mencuba resepi sempoi ni.
(Eh! ni nak masuk dalam kategori Resepi Periuk Noxxa juga ke?)