Archive Pages Design$type=blogging$meta=hide

.

Bagaimana Periuk Noxxa Buat Hidup Saya Lebih BEST!

Hari ni rasa nak berceloteh sikit, bolehkan... Saya sebenarnya berkerjaya sebagai agency supervisor untuk salah satu bank pela...

periuk noxxa best




Hari ni rasa nak berceloteh sikit, bolehkan...
Saya sebenarnya berkerjaya sebagai agency supervisor untuk salah satu bank pelaburan di Malaysia. Kerja memang sibuk dengan appoinment sana sini, travel dan servicing klien & prospek.

Tugasan macam ni tak mengenal siang dan malam, kalau ada event biasanya memang tengah malam baru sampai rumah. Ini membuatkan badan sangat letih dan tak larat nak memasak dirumah.

Saya memang suka memasak sejak dari lepas SPM, masa tu memang memasak siang dan malam, ada je resepi nak dicuba. Mak pula bagi dorongan, badan dan muka membulat juga masa tu.

Lepas berkahwin dan berkerja, masa didapur sangat singkat, masak pun hidangan simple & cepat. Biasanya untuk makan malam, kami beli lauk diluar, atau makan di luar je terus. Balik rumah boleh terus bersiap untuk berehat.

Siapa yang berkerja, pasti akan rasa keletihan dan situasi seperti ini.

Hobi nak memasak terpaksa ditinggalkan, sebab nak sediakan bahan, nak berdiri di dapur dan mengemas selepas masak memang ambil masa yang panjang. Tambahan pula masa malam ni la anak anak nak bergurau senda, nak bermanja selepas seharian tinggalkan mereka dengan pengasuh. Tak sempat la nak masak & tak cukup tenaga.

Beli lauk dan makan di luar setiap malam bukan sesuatu yang murah sebenarnya. Dengan kenaikan harga barang dan kos travel, duit yang ada mesti diurus dengan sebaiknya..

Untunglah client saya perkenalkan periuk noxxa, semunya berubah 360 darjah. Dulu balik kerja je fikir nak cepat2 berehat, sekarang balik kerja fikir nak cuba resepi apa pula. Saya seperti kembali ke zaman kanak kanak dengan hobi memasak yang membuak.

Badan masih penat, tetapi semangat memasak jadi membuak buak dengan noxxa. Pelik kan? Tak pelik sebenarnya, fakta yang terbukti dan saya sendiri alami adalah, memasak dengan periuk noxxa sangat cepat dengan fungsi high pressure.

Masak ayam 4-5 minit, ikan 3-4 minit, masak cili 5-7 minit, pizza 7 minit, nasi 7 minit, sayur 3 minit, sup daging 10 minit, sup tulang 40 minit, buat ikan sardin 90 minit dll..

Kalau nak dibandingkan cara biasa, memang saya jimat banyak masa. Saya suka buat ikan sardin, kalau dulu nak masak sampai tulang ikan lembut ambil masa berjam jam, nak kena tambah air dll. Tapi memasak dalam tekanan tinggi, tak perlu nak tambah air, tak perlu jenguk ke dapur api gas masih menyala atau tidak, tak perlu risau tertidur semasa menunggu.


Dengan periuk noxxa, masukan bahan dan ikan, tutup periuk dan set masa memasak 90 minit. Tinggalkan buat kerja lain, nak tidur pun takpe sebab periuk noxxa lengkap dengan sensor keselamatan dan fungsi keep warm jika masa masakan tamat. Jadi saya serahkan kerja memasak dan mengawal haba masakan 100% kepada noxxa.

Mengemas dapur pun jadi minima, cuma basuh 1 periuk je, itu pun tak perlu menyental sebab pot memasak periuk noxxa adalah anti lekat, takde kerak melekat, bawah periuk pun tak hitam terbakar. Basuh dan siap.. sangat mudah.

Sebab tu saya rasa memasak makin mudah dan cepat dengan periuk noxxa. Duit belanja pun jadi jimat banyak, tak macam sebelum ni semasa makan diluar. Beli bahan memasak sekali boleh masak untuk 3 hidangan, kosnya 60% lebih jimat daripada makan diluar. Saya rasa bersyukur sangat client sendiri yang perkenalkan periuk noxxa. sekarang urusan memasak bukan lagi jadi bebanan. Anak anak gembira, encik abang lagi la bertambah senyumnya.

Dengan perubahan besar yang saya alami, suami pun gembira. Suami saya memang orang IT dan minat audio visual, jadi setiap masakan saya buat dia yang rakam, edit dan share di wall facebook ini dan juga di YouTube. Katanya biar orang lain boleh belajar sama, dapat la sikit share amal jariah.

Ya, tujuan sebenar adalah untuk berkongsi, kami bukan la chef yang pakar memasak, sekadar apa yang kami tahu kami kongsikan. Maafkan atas kekurangan atau mungkin tidak kena dengan selera anda, pokok pangkalnya ambil lah yang bermanfaat jika boleh digunakan dan perbetulkan kami jika ada yang perlu diperbetulkan.

Saya dan suami memang tidak sangka bila resepi dan panduan percuma yang kami kongsi mendapat perhatian ramai, terutamanya anda. Dalam masa 3-4 minggu, page ini mendapat 1000+ follower baru, ia angka yang mengujakan, ia semangat untuk kami terus berkongsi.

Jadi nota ini adalah tanda terima kasih kami kepada semua yg jadi follower kami. Terima kasih kerana terus menerus baca perkongsian kami yang tak seberapa, terima kerana like post, terima kasih kerana share post, terima kasih kerana terus berhubung dengan kami melalui PM atau Whatsapp, terima kasih kerana mention nama rakan untuk cuba resepi, dan akhir sekali, khas untuk anda yang baca dari awal hingga ke baris ini..

Terima kasih kerana baca nota ini walaupun anda ada perkara yang lebih penting untuk dibuat, kami doakam urusan anda dimudahkan dan berjalan lancar. Teruskan memasak walaupun ia berat, kerana air tangan ibulah yang akan memikat hati anak anak supaya mereka ingat bila dewasa nanti, mereka ada ibu. Supaya anak anak perempuan kita pandai memasak dan membahagiakan suaminya. Saya percaya, memasak adalah salah satu kunci kebahagiaan dalam keluarga. Masakan ibulah yang membuat kami masih bernafas dan hidup dalam kesyukuran. Alhamdulillah, terima kasih ibu, terima kasih periuk noxxa.
<

COMMENTS

Name

aglio olio air fryer xl ayam panggang ayam penyet ayam telur masin bawa bekal makanan bil api periuk noxxa bil elektrik periuk noxxa bubur ayam bubur pedas buku resepi buku resepi noxxa cara buat popcorn cara guna periuk noxxa cara jimat wang cara membuat popcorn daging black pepper daging masak lada hitam fungsi delay timer Gadget garrett popcorn how to make popcorn ikan kembung ikan masak kicap ikan sardin iron philips iron tekanan philips kek kek marble ketam masak cili ketupat segera kos periuk noxxa laksa utara lokasi kedai amway malaysia maggi kari masak 3 rasa masak black pepper masak nasi beras masak tiga rasa mee segera mushroom soup homemade nandos nasi dagang nasi impit noxxa noxxa electric multifunction pressure cooker Noxxa Pressure Cooker noxxa pressure cooker review paras air beras percuma periuk ajaib noxxa Periuk Noxxa periuk noxxa 2019 periuk noxxa baru periuk noxxa percuma periuk noxxa rosak periuk tekanan noxxa popcorn popcorn time potato wedges pressure cooker noxxa pulut kuning puri tomato rendang masak hijau repair periuk noxxa resepi resepi air fryer resepi ayam resepi ayam penyet resepi bubur resepi daging resepi ikan resepi ikan berlada resepi ikan sardin resepi ikan siakap resepi kek resepi kek marble resepi kentang resepi ketam resepi laksa resepi masak kicap resepi masak udang resepi masakan udang resepi mee resepi mushroom soup resepi nasi resepi nasi dagang noxxa resepi nasi noxxa Resepi Noxxa Resepi Periuk Noxxa resepi pizza resepi pop corn resepi popcorn resepi pulut resepi pulut kuning resepi rendang resepi rendang ayam resepi sayur resepi sos resepi spaghetti resepi sup resepi tauhu resepi tauhu berlauk resepi udang resepi western seafood aglio olio setting periuk noxxa siakap tiga rasa Soalan Noxxa sos peri peri spaghetti blackpepper spaghetti carbonara sup cendawan tauhu berlauk Tips tomato tomato puree unboxing periuk noxxa wedges kentang
false
ltr
item
Resepi Periuk Noxxa: Bagaimana Periuk Noxxa Buat Hidup Saya Lebih BEST!
Bagaimana Periuk Noxxa Buat Hidup Saya Lebih BEST!
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhrnlWzNSW3lc5HXwupd1LKgyKuC8Qbz-UQgLgRTaphPl3gRN9sDgi56YDdgaTEfYSfxGABhXWURA6kvTWCdpKZ4utvgFTA3pGD3C2EDWVFhBly3syrrqzeu2_eUh1xpu2f-hzxSHO5ENA/s200/periuk+noxxa+best.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhrnlWzNSW3lc5HXwupd1LKgyKuC8Qbz-UQgLgRTaphPl3gRN9sDgi56YDdgaTEfYSfxGABhXWURA6kvTWCdpKZ4utvgFTA3pGD3C2EDWVFhBly3syrrqzeu2_eUh1xpu2f-hzxSHO5ENA/s72-c/periuk+noxxa+best.jpg
Resepi Periuk Noxxa
https://periuknoxxa.blogspot.com/2015/10/bagaimana-periuk-noxxa-buat-hidup-saya-lebih-best.html
https://periuknoxxa.blogspot.com/
https://periuknoxxa.blogspot.com/
https://periuknoxxa.blogspot.com/2015/10/bagaimana-periuk-noxxa-buat-hidup-saya-lebih-best.html
true
4088582426114235242
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago